Followers


Saturday, November 7, 2009

nak tau tak?

ni info dari tutor utusan....untuk dikongsi bersama.....

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOTA


1. Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu
2. Zaman Sebelum Merdeka

Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu

Pada masa ini ada dua teori asal usul orang Melayu. Teori pertama mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori kedua pula mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara.

Penyokong teori pertama yang paling terkenal ialah Geldern H.R. Beliau mengunakan alasan kapak tuan, atau beliung batu yang dijumpai di Nusantara. Menurut beliau, kapak tuan juga dijumpai di sungai-sungai di India Utara, China, Burma dan Nusantara. Jadi beliau menpercayai kapak-kapak itu itu mula-mula berasal dari Asia Tengah dan dibawa pindah ke Nusantara.

* Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.

Bukti-bukti lain yang menolak teori Geldern ialah bukti-bukti daripada kajian bahasa di kawasan Benua Asia. Bahasa-bahasa di Asia terdiri daripada tiga keluarga besar, iaitu:

1.

Di Asia Tenggara, bahasa-bahasa kawasan ini berasal daripada keluarga Cina –Tibet,yang melahirkan bahasa-bahasa Cina, Tibet dan Siam.

2.

Di kawasan Benua India, bahasa- bahasa di situ berasal daripada keluarga Dravidia, yang melahirkan bahasa Tamil, Telegu dan Malayalam.

3.

Di Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara, bahasa-bahasanya berasal daripada keluarga Austronseia, dari mana bahasa Melayu dan bahasa–bahasa kepulauan Polinesia berasal.

Di sini jelas bahawa Melayu tidak berasal daripada keluarga bahasa- bahasa di Asia Tengah. Oleh itu orang Melayu tidak mungkin berasal dari sana.

Antara penyokong teori kedua ialah Gorys Keraf. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.

Asmah Hj.Omar mengatakan kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya tersendiri. Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito .Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M . Mereka ialah nenek moyang orang - orang Melayu Asli iaitu Jakun atau orang-orang Biduanda, Temuan, Orang Laut, Orang Karak dan lain-lain. Zaman mereka dinamai Zaman Batu Pertengahan.

Sultan Takdir Ali Syahbanna mengatakan bangsa-bangsa Melayu terdiri daripada bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu terdiri daripada bangsa-bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu di negara Thai Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina Selatan. Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-bangsa India di Asia Barat.

Bahasa keluarga Nusantara juga dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Bahasa Melayu purba mula-mula mengalami perubahan pada abad pertama, iaitu akibat kedatangan para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari Kepulauan India ke Kepulauan Melayu. Mereka memperkenalkan pengaruh bahasa sanskrit kepada bahasa Melayu Purba dan dengan itu membuat bahasa tersebut berkembang dan menjadi bahasa Melayu Kuno.

Bukti bahasa Melayu kuno terdapat pada batu bertulis yang diisytiharkan sebagai prasasti dan batu bersurat . Antara batu-batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Batu Kapor dan Batu Bersurat Karang Berahi. Kesemua batu bersurat itu ditulis mengunakan huruf palava dan mengandungi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa sanskrit. Huruf palava oleh para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari India.

Teori pertama, yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah percaya bahawa orang-orang Melayu mula berpindah dari Yunan ke Nusantara pada 2500 S.M. Mereka dipanggil Melayu Deutro. Zaman mereka dinamai Zaman Logam. Kedatangan Melayu Deutro telah membuat Melayu Negrito lari ke daerah pedalaman.

Kerajaan Melayu yang pertama dipercayai terletak di daerah Jambi di Sumatera Selatan. Bukti sejarah yang paling tua mengandungi perkataan “Melayu” ialah dalam catatan Cina yang ditulis sekitar 644 Masihi. Pengembara Cina yang terkenal, I-sing (675-678 M) di dalam diarinya mencatatkan ada kerajaan Melayu yang besar di Sungai Batang, tidak jauh dari Palembang, Sumatera.

Kitab Sejarah Melayu pula menyebut adanya sungai yang dipanggil Sungai Melayu di Palembang. Sebelum orang-orang India memperkenalkan huruf Palava, orang-orang di Nusantara mempunyai tulisan sendiri iaitu tulisan Lontara di Sulawesi, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu purba digunakan hingga abad pertama. Sesudah itu bahasa Melayu Purba berkembang menjadi bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno digunakan sehingga abad ke- 13. Setelah itu bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik kekal sehingga abad ke-19.

Puncak kegemilangan bahasa Melayu Klasik ialah pada masa Kesultanan Melayu Melaka dan zaman kerajaan Johor- Riau. Bahasa itu menjadi bahasa pemerintahan dan hubungan diplomatik dengan dunia luar. Dipercayai ribuan karya kesusteraan ditulis pada zaman itu.

Bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik hasil sumbangan pedagang dan penyebar agama Islam yang datang ke Nusantara. Mereka memperkenalkan tulisan Arab dan tradisi pemikiran intelektual yang tinggi kepada bahasa Melayu.

Antara karya-karya penting yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah.

Zaman Sebelum Merdeka

Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh di bahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

Sebelum merdeka perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang-orang Melayu. Pada waktu itu pihak kerajaan Inggeris tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh yang demikian, usaha perancangan bahasa datang daripada keinsafan individu-individu tertentu. Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu.

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi ialah orang Melayu pertama dan yang paling lantang (pada abad ke-19 dalam zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bangsa Melayu.

Sikap dan pandangan Abdullah mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-zaman selepasnya. Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap kehidupan menyebabkan dia dianggap oleh orang Melayu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, di samping itu dia juga dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu.

Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung . Tindakan mereka itu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara: pertama secara perseorangan ,dan kedua melalui pertubuhan-pertubuhan. Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu.

Orang perseorangan yang mengunakan ruang akhbar terdiri daripada para wartawan dan guru-guru Melayu.Tulisan mereka menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang.Tulisan itu sesuai dengan tujuan akhbar yang menghidupkan bahasa Melayu pada masa itu.

Tindakan orang Melayu melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan untuk mempelajari dan mengubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan dan kebudayaan. Asas 50 juga bertujuan untuk menyatukan dan memajukan setiap usaha karang-mengarang, dan bahasa dalam sastera Melayu.

ASAS 50 bergerak dengan sekuat tenaga untuk merasmikan penggunaan tulisan rumi. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 pada tahun 1952 di Singapura dan Semenanjung, ASAS 50 mencadangkan supaya tulisan rumi dirasmikan.Tetapi kongres itu hanya dapat memutuskan bahawa kedua-dua tulisan rumi dan jawi dipakai dalam persuratan Melayu pada masa itu sehinggalah suatu keputusan lain dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2 kemudian.

Pada tahun 1956,Kongres Bahasa dan Persuratan ke-3 telah diadakan dan ASAS 50 menyediakan sebuah memorandum kepada kerajaan tentang Balai Pustaka, penyatuaan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia, perkembangan bahasa Melayu sekarang dan akan datang, dan peranan bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Pada tahun 1956, ASAS 50 menyerahkan memorandum kepada kerajaan tentang Laporan Pelajaran 1956. Dalam memorandum itu, ASAS 50 terus memperjuangkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pelajaran. Mereka menganjurkan supaya akhirnya cuma wujud satu jenis sekolah sahaja, rendah, menengah dan tinggi yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Berkenaan kekurangan guru untuk mengajar bahasa Melayu, ASAS 50 bersetuju supaya Maktab Perguruan Bahasa dibina untuk menjamin kedudukan bahasa Melayu.

Tokoh-Tokoh Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854), menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu .

Karya -karya Abdullah ialah : Syair Singapura Terbakar (1830, Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837), Dawai-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), Hikayat Abdullah(1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).

Raja Ali Haji

Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin. Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang sangat terkenal dalam bidang sastera lama, iaitu Gurindan Dua Belas.

Dalam bidang sejarah, terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat- Al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890, sementara kitab Taufat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan raja-raja Bugis., asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisional dan Kepulauan Riau. Tuhfat al- Nafis pula merupakan hasil sejarah Melayu yang penting.

Za’ba

Tan Sri Pendeta Za’ba ( 1895 – 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu.

Za’ba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi – Rumi dan Pelita Bahasa Melayu.

ASAS 5O

Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.

Anggota-anggota ASAS 50 yang aktif terdiri daripada penulis, wartawan dan guru-guru Melayu. ASAS 50 ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 di Seremban pada 1 dan 2 Januari 1954, ASAS 50 menyokong usul kesatuan guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi. Pada tahun 1954, ASAS 50 menghantar memorandum mengenai tulisan rumi sebagai tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum kepada kerajaan, supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa umum dan bahasa pengantar bagi semua peringkat, dari sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Apabila Laporan Razak 1966 dikeluarkan ASAS 50 sekali lagi menghantar memorandum mendesak supaya bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan.

Pada tahun 1956 juga, di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3 di Singapura dan di Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956, ASAS 50 mengemukakan memorandum yang sangat penting, iaitu antaranya:

1.

Ditubuhkan Balai Pustaka ( kini Dewan Bahasa dan Pustaka).

2.

Disatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

3.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.


No comments: