Followers


Wednesday, September 9, 2009

RAHSIA 090909

salam, just nak kongsi 1 article dari blog someone...menarik gak...bacalah dibawah....

090909 & Ramadhan 19

Salam Aura 99

HARI INI RABU 09hb SEPTEMBER 2009. Hari ini juga dikenali sebagai 090909. Ramai yang menanti tarikh ini.. ramai yang menanti detiknya tiba. Bukan kerana sesat atau taksub kepada apa-apa kepercayaan karut tentang nombor yang kononnya membawa tuah atau malang terhadap nasib. Tapi lebih kerana keunikkan susunannya yang membariskan angka 9 di setiap lapis atau tingkatnya iaitu HH:BB:YY. Samalah seperti halnya tahun lepas ketika Hari Pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing China pada 080808 (08hb Ogos, 2008) dimana tersusunnya angka 888. Senario yang berlaku 100 tahun sekali ini tentunya memberi peluang sekali seumur hidup (andaian manusia mempunyai purata umur hidup bawah 100 tahun) untuk mereka yang berkesempatan menempuh saat berlakunya tarikh itu. Samalah halnyaFENOMENA 1 – 9 pada 07hb Ogos, 2009 lalu yang berlaku sekali seumur hidup!

Fenomena deretan angka 999 pada hari ini mencapai KEMUNCAKnya pada JAM 09h:09m:09s. Maka jika disusun semua hasilnya :09:09:09 pada 09/09/09. Kehadiran 6 angka 9 itu amat unik dimana angka 6 itu sendiri umpama simbol angka 9 yang terbalik. Manakala susunan keduanya iaitu 69 dilihat sebagai sebuah bulatan penuh. Masyarakat china melihatnya sebagai SIMBOL KESEIMBANGAN Yin-Yang yang membawa maksud kesejahteraan dan kestabilan dalam HUKUM PASANGAN.

Logo Innergy Quest White copy

KEHADIRAN FENOMENA TARIKH 090909 atau 999 ini juga amat UNIK dan MENARIK apabila ianya BUKAN HANYA SEKADAR MENERANGKANFAKTA – HARI KE 9 DI BULAN YANG KE 9 PADA TAHUN 20 09, ianya SEBENARNYA JUGA HADIR PADA :

MINGGU KE 36 BAGI TAHUN 2009. angka 36 membawa nilai akhir 3+6 = 9!!

JUGA.. HARI INI ADALAH HARI KE 252 BAGI TAHUN 2009. angka 252 membawa nilai akhir 2+5+2 = 9!!!

apakah ini KEBETULAN atau ianya SURATAN yang punya RAHSIA TARIKH yang TERSIRAT!! ayuh renung-renungkan…

9-review-poster-02

SUSUNAN 999 tentunya amat sinonim bagi masyarakat kita. Nombor 999 amat dikenali sebagai NOMBOR KECEMASAN. Ia nombor penting untuk menghubungi agensi keselamatan negara melalui telefon tatkala ada kecemasan yang memerlukan pihak keselamatan seperti Polis, Bomba, Rescue 991 ataupun Ambulan. Nombor ringkas dan universal ini dipilih atas faktor keunikan susunannya. Ia adalah TALIAN PANAS.. ia TALIAN HAYAT.. ia TALIAN PENTING.. ia TALIAN ‘RESCUE’… Malah statistik menunjukkan bahawa ia adalah nombor yang paling kerap di panggil setiap hari di Malaysia!!. Ia adalah PERCUMA namun jika panggilan PALSU yang dibuat, pemanggilnya boleh didenda!!

999 juga adalah nama sebuah RANCANGAN POPULAR di TV3 yang memaparkan isu-isu keselamatan, kecemasan dan undang-undang. Rancangan bersifat dokumentari & bersiaran langsung ini mendapat ‘rating’ tinggi saban minggu melibatkan agensi keselamatan negara terutamanya pihak Polis dalam berbagai kes dan peritiwa.

999 tv3

Angka 9

Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut. (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:

999 = 9+9+9 = 27

27 = 2+7 = 9

Berapun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9 :

9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)

9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171

171 = 1+7+1 = 9

Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA.. nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:

1X9 = 9

2X9 = 18 @ 1+8 = 9

3X9 = 27 @ 2+7 = 9

4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh

9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9

Lagaknya umpama RAJA.. Jika bersama angka lain, ia “sembunyi” disebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya) :

19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)

49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4

maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut ;

1111999 adalah 1+1+1+1= 4

(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)

HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99

Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)

HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN..

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thaa-Haa :8

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – Al-Quran.Surah Al Israa’: 110

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilannama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

HARI 090909 DI BULAN RAMADHAN (bulan ke 9)

Maha suci Allah yang maha menghitung (Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung) telah mengaturkan PERISTIWA ini JATUH BERTEPATAN DI BULAN RAMADHAN iaitu bulan ke 9 pada KALENDAR HIJRAH (ISLAM). Ramadhan DIKENALI sebagai bulan AL MUBARAK (penuh kemuliaan, kebaikan & keberkatan). Dalam maksud lain: BULAN 9 dalam kalendar hijrah ini adalah bulan yang diangkat mulia seolah-olah menetakkan angka 9 pada satu darjat yang mulia.

Teringat akan kisah sejarah peristiwa ISRA’ MIKRAJyang berlaku di bulan SYAABAN. Rasul naik ke ‘Arasy (sesetengah berpendapat bahawa ianya berada pada tingkat langit ke 9) tanpa diteman Jibril untuk bertemu AL-KHALIQ (Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta) secara ‘live’ & interpersonal.

RAMADHAN bulan ke 9. Hari ini hari ke 19 dalam bulan Ramadhan. Fenomena 090909 jatuh pada RAMADHAN 19!! Umpama RAHSIA NOMBOR 19yang memiliki berbagai TANDA-TANDA-NYA untuk difikir dan direnungi.

MAMPUKAH KITA MENAFIKAN ATURAN YANG MAHA CANTIK INI!!

TIDAKKAH KITA MAHU MEMIKIRKAN KEBETULAN-KEBETULAN YANG BANYAK INI ADALAH SEBENARNYA ADALAH PERTUNJUK JELAS DARI-NYA!!

HARI INI 19 RAMADHAN (bulan ke 9) di tahun 1430 hijrah. Ditulis sebagai 19 RAMADHAN 1430 atau 19 09 1430 >>>

19 09 1430 = 1+9+0+9+1+4+3+0 = 27 @ 2+7 = 9 (!!!!)

Adakah sekali lagi kebetulan, nilai Gt bagi tarikh hijrah hari ini adalah 9!!

Maha suci ALLAH yang memiliki 99 nama, yang memberi pertunjuk dan TANDA-TANDA yang terang melalui al-Quran sebagai AN-NUR untuk kita. Pandangan peribadi saya, al-Quran penuh denganRAHSIA yang tersirat melalui susunan-susunan angkanya. Lalu, ayuh kita renungi mesej ALLAH dalam kontek perbincangan kita ini:

Surah At-Taubah ( at-Tawbah, “Pengampunan”) adalah surah ke-9 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 129 ayat. Dinamakan At-Taubah yang berarti “Pengampunan” karena kata At-Taubah berulang kali disebut dalam surah ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang berarti berlepas diri. Berlepas diri disini maksudnya adalah pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Berbeza dengan surah-surah yang lain maka pada permulaan surat ini tidak terdapat ucapan BISMILLAH (kata bismillah terbina dari susunan 19 huruf-huruf arab) di awal surah kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan kata bismillah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surah ini diturunkan sesudah Rasulluah s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Ali bin Abi Talib pada musim haji tahun itu juga (info tambahan: Saidina Ali r.a. meninggal di usia 63 [6+3 = 9] tahun kerana pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami shalat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 RAMADHAN!! – iaitu hari ini – Al-Fatihah untuk Saidina Ali)

Antara pokok-pokok isi di dalam surah ini adalah:

  • Keimanan
    • Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman
    • Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah
    • Segala sesuatu menurut sunnatullah
    • Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman
    • Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.
  • Hukum-hukum
    • Kewajiban menafkahkan harta
    • Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya
    • Jizyah
    • Perjanjian dan perdamaian
    • Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya
    • Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total
    • Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.
  • Kisah-kisah
    • Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah
    • Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin)
    • Perang Tabuk.
  • Lain-lain
    • Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.
    • Pernyataan pembatalan perjanjian damai pleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyyah.

Semoga ada kebaikan untuk kita walau setitik dari titik-titik yang banyak lalu membina “ayat-ayat CINTA” kepada-Nya melalui artikel ini. Adapun ku sembahkan SYUKUR padamu Ya Allah.. atas setiap kesempatan dan kekuatan.. untuk aku lebih kenal akan harga diri. Tiada yang lebih beerti dari ‘mampu memahami’ wajah-wajah yang ENGKAU pertontonkan ini.

Selawat dan SALAM BUAT BAGINDA RASULULLAH S.A.W dan para keluarga serta sahabat baginda.

Salam Ramadhan 19 & Salam 090909

Alfakir

master G aka MIR HAZIL AZRAN RAMLI

logo_1malaysia

PS: Nama MALAYSIA secara ilmu numerology adalah 4+1+3+1+7+1+9+1 = 27 @ 2+7 = 9

So VISI DATO’ SRI NAJIB TENTANG 1 MALAYSIA, lebih kurangnya sama le kut dengan VISI 1 9.. (ilmu nombor 1 hingga 9 atau RAHSIA 19 – HUWA AWAL HUWA AKHIR)?? Wallahualam..

PSS: HARI NI BANYAK PERNIAGA BUAT ‘SALE’ ANGKA 9. ADA YANG RM9.99 (macam AirAsia dulu), ADA YANG RM99.99 dan ada yang 99sen je. Harap-=harap dapat beli kueh 3 – 99sen hari ni.

No comments: