Followers


Friday, May 6, 2011

IBU DAN BAPA


Kematian tidak akan mengenal sesiapa pun. tidak akan mengenal waktu dan tempat atau dengan siapa kita pada waktu itu. sekiranya sudah dikehendaki oleh Allah swt kita mati pada waktu tersebutmaka terjadilah perkara itu. Sesungguhnya siapalah diri kita untuk meminta simpati dipanjangkan umur. Siapalah kita untuk menghalang kuasa Allah dari mencabut nyawa kita yang menjadi hak Allah swt.

Untuk menghadapi situasi tersebut, bukan semua manusia dalam dunia ini bersedia. Siapalah kita, kita hanyalah manusia biasa. Namun, untuk menghadapi sakaratul maut tersebut, kita sudah diingatkan supaya sentiasa bersedia.

Oleh yang demikian, hargailah semua orang disekeliling kita. Hargailah ibu dan bapa kita. Hargailah diri kita sendiri. Jangalah bila sudah meninggal baru mengeluarkan air mata, baru menyesali perbuatan lepas terhadap mereka yang sudah meninggal. Kerana semua itu sudah terlambat. Sebagai anak, yang perlu kita lakukan adalah sentiasa doa bagi kesejahteraan mereka di alam kubur sana. Menghadiahkan yassin buat mereka.

Bagi peringatan pada diri kita semua, mohonlah keampunan daripada ibu bapa kita. Mohonlah segala yang mereka berikan dihalalkan bagi memastikan kesejahteraan kita semua.Limpahkanlah kasih sayang pada mereka selagi mereka hidup. Gembirakanlah diri mereka. Berkorbanlah demi mereka dari segi masa, wang dan kehidupan kita. Janganlah sia-siakan hidup mereka.

Siapalah diri kita tanpa kehadiran ibu dan bapa kita. wujudkah kita tanpa mereka? hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Disebabkan faktor umur, ibu dan bapa kita mungkin banyak bercakap, selalu terlupa beberapa perkara, selalu mahukan perhatian kita. Turutilah kehendak mereka. bawalah mereka bercerita, fahamilah diri mereka yang memerlukan perhatian kita sepertimana mereka memberikan perhatian kepada kita.Janganlah berdendam akibat dipukul sewaktu kecil.Janganlah mencari kesalahan mereka dan membalas dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

Sebagai anak, berkorbanlah seperti mereka berkorban untuk diri kita sewaktu kita kecil. Setiap manisia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Oleh itu, jangalah diingat lagi peristiwa kita dipukul, dimarahi sewaktu kita kecil. Terimalah dengan redha dan sayangilah mereka setulusnya dan selagi kita berkesempatan menyanyangi mereka.

No comments: