Followers


Wednesday, May 4, 2011

GET A LIFE MAN...

Kadang-kadang kita akan berasa stress dengan keadaan sekeliling. Kita merasa tiada siapa lagi yang mahu menyokong diri kita. Kita rasa bila kita ada duit baru ada yang peduli, bila kita tiada duit tiada siapa yang peduli.

Adakah ini hanya satu perasaan kita ataupun memang keadaan seperti itu. Apakah susah menjadi seorang manusia? Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Apabila sudah tiada tempat untuk mengadu, kita akan merasakan kekosongan. Merasa keseorangan dalam mengharungi pahit getir kehidupan.

Ada manusia yang sentiasa mahukan pertolongan dan perhatian orang lain tanpa memikirkan keadaan orang lain tersebut. Itulah yang dinamakan mementingkan diri sendiri. Golongan ini sentiasa mahukan perhatian dari sesiapa sahaja yang dirasakannya perlu. Sama ada orang tersebut baru dikenalinya ataupun tidak. Termasuk saudara mara orang dikenalinya itu juga menjadi mangsa keadaan. Apakah kau tiada keluarga? Tiada fikiran? Sehingga tidak memikirkan keadaan orang lain. Sibukkah, ada kerjakah, tidurkah dan lain-lain.

Janganlah kerana masalah diri kita sendiri, orang lain menjadi mangsa untuk mendengar luahan hati kita itu setiap masa tanpa mengira waktu dan tempat. Pelik betul orang yang seperti itu. Kalau seseorang itu mengalami kemurungan, orang tersebut akan berkurung di dalam bilik. Tidak mahu berhubung dengan orang lain. Tidak mahu bercakap dengan orang lain.

Tetapi orang ini tidak demikian. Malah dia akan mencari mangsa untuk mendengar bebelan, kesalan masa silamnya dan terpaksa melayannya bercakap sehingga berjam-jam. Orang seperti ini juga amat mudah untuk ditipu dari segi cinta, wang, kepercayaan dan sebagainya. Pelik tetapi benar, golongan ini selalunya orang yang berpelajaran dan yang paling penting sekali orang tersebut adalah seorang WANITA. Mengapakah keaadan seperti ini berlaku? Apakah wanita pada zaman sekarang ini sangat kurang kasih sayang dan perhatian sehinggakan mudah tertipu atas nama cinta, kasih sayang dan perhatian? Hanya Allah dan diri orang tersebut sahaja yang mengetahui.

Sesungguhnya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Pandanglah diri anda, kenali dan sayangilah diri anda melebihi orang lain. Kerana kalau bukan diri kita sendiri yang menyayangi dan mengenali diri kita sendiri, siapa lagi? Kitalah yang sepatutnya lebih mengebnali diri kita lebih dari orang lain. Kitalah juga yang sepatutnya menyayangi diri kita lebih dari orang lain. Jangalah hanya tahu take, take tetapi tidak tahu give, give.

Harus kita ingat, semua orang ada masalah, bukan kita seorang sahaja yang ada masalah. Semestinya ada yang lagi menderita daripada kita. Kuta cukup makan, pakai, perlindungan dan pelajaran. Pernahkah kita terfikir orang lain di Palestin? Di Somalia? Di Jepun? Dan di Negara-negara lain yang mengalami banyak bencana alam dan bencana kerana manusia? Sedarlah, masalah CINTA hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan masalah-masalah dan musibah-musibah yang dihadapi oleh orang-orang lain di Negara-negara bergolak. Kalau jauh sangat bandingkan sahaja dengan anak-anak terbiar di Negara kita ini. Anak-anak miskin atau yatim piatu yang tiada pelajaran, makanan bak kata pepatah kais pagi makan pagi, ibu bapa tidak ada di sisi. CINTA manusia hanyalah permasalahan yang kecil, hanyalan mainan perasaan yang diketuai olah syaitan. Janganlah tunduk dengan kata-kata syaitan tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan adalah redha dengan segala yang terjadi, menyesal boleh tetapi sudah terlambat. Menyesallah sebagai pengajaran pada diri sendiri. Fikirkan tindakan-tindakan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Terlalu sayang pada kekasih sampai menurut sahaja apa yang dikatakannya. Salah siapa kalu kita mudah ditipu? Salah orang yang menipu? Salah kita sendiri? Salah keluarga? Jawapannya adalah salah orang yang menipu dan diri kita sendiri. Kenapa mudah sangat ditipu orang? Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Lihatlah diri anda, selamilah perasaan anda. Redhalah dengan apa yang sudah terjadi. Janganlah terlalu lemah kerana lelaki. Terdapat banyak perkara yang lebih berfaedah berbanding memikirkan benda yang tidak akan kembali dan jahat seperti itu. Janganlah membuang masa anda memikirkan orang yang tidak layak untuk diri kita.

No comments: