Followers


Sunday, April 17, 2011

KURANGKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT


Hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah terlebih berat badan atau kegemukan atau obesiti. Masalah kegemukan atau obesiti ini akan terus meningkat dan menjadi salah satu masalah dan beban utama kepada negara. Orang ramai harus peka kepada masalah ini.

Obesiti sangat bahaya kerana ia menyumbang kepada beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh obesiti ialah:

  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Diabetis
  • Kanser
  • Penyakit sendi tulang
  • Tekanan darah tinggi

Hilangkan berat badan sangat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit diatas.

Tidak cara yang boleh memberi hasil yang ‘tahan lama’ jika anda tidak mengekalkan usaha anda mengurangkan berat badan. Walaupun anda diet dengan minuman diet, makanan atau produk sampingan, atau dengan pil diet ia belum pasti menjamin hasil yang terbaik atau kekal lama.

Lebih baik anda bergantung kepada cara sihat mengurangkan berat badan. Anda hanya perlu menentukan gol yang anda rasa boleh dicapai atau realistic. Jangan harapkan anda dapat mengurangkan berat badan dalam masa singkat.

Tip #1: Jangan biarkan diri anda kelaparan

Kunci kepada teknik sihat mengurangkan berat badan ialah JANGAN DIET.

Anda gembira kerana berjaya mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat dengan tidak makan tengahari atau malam. Walaupun ia berhasil, anda akan mengalami masalah pada akhirnya. Badan tidak akan mampu berfungsi dengan baik kerana tidak cukup tenaga. Jika anda sudah biasa meninggalkan waktu makan, kalori simpanan anda akan digunakan sebagai ganti. Dan bukannya makanan yang anda baru makan. Makanan yang baru makan akan disimpan di bahagian bermasalah nanti (peha, punggung, atau pinggul)

Tip #2: Mulakan hari anda dengan baik

Sarapan merupakan waktu makan paling utama untuk hari anda. Pastikan anda memulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat untuk melancarkan metabolism badan. Ia akan digunakan untuk membakar lemak sepanjang hari.

Tip #3: Makan sikit, tetapi berkhasiat dan kerap.

5 hidangan kecil snek sehari lebih baik daripada 3 kali makan makanan berat. Makan dengan kerap, kuantiti yang sikit boleh mengelakkan terlebih makan. Ia juga membantu meningkatkan kadar metabolism dan membakar lemak dengan pantas.

Tip #4: Tentukan berat badan yang anda ingin kurangkan.

Kekalkan gol yang realistik. Untuk jangka masa panjang, mustahil anda boleh kurangkan 20kg dalam 2 minggu. Pastikan minda anda di set yang anda mahu makan secara sihat dan kekal sihat selamanya.

Selepas menentukan berat badan yang ingin dikurangkan, kekalkan ia dalam diri dan anda mengikut peraturan diet anda.

Tip #5: Minum banyak air.

Air diperlukan untuk membakar lemak dan mengekalkan jumlah air dalam sel-sel badan.

Tip #6: Elakkan mengambil banyak gula.

Buat plan menu anda. Buah-buahan, sayur-sayuran, roti, nasi atau pasta. Ini adalah untuk bekalan karbohidrat. Tambahan, daging atau apa-apa makanan diperkaya protein. Gula, minuman soda dan pastri seboleh-bolehnya hanya dimakan sekali-sekala sahaja.

Tip #7: Kawal pengambilan lemak.

Lemak bukan satu-satunya penyebab obesiti. Ada lemak yang berkhasiat. Zaitun, kacang tanah dan minyak kanola, tuna dan salmon mempunyai lemak berkhasiat.

Tip #8: Bersenam

Jalan kaki jika anda hanya perlu pergi ke suatu tempat yang hanya beberapa meter dari rumah. Gunakan tangga daripada menggunakan lif/eskalator. Jogging, berbasikal atau skating. Jika anda tidak pergi ke gym aktiviti harian di runah sudah memadai. Pastikan anda selalu melakukan ini sehingga anda perasan anda sudah turun berat badan.

Lakukan proses penurunan berat badan ini perlahan-lahan. Jika sudah hilang 2-3 kg berhenti buat beberapa hari. Kemudian sambung untuk hilangkan 3-4 kg lagi.

Makan secara sihat, minum banyak air, tidur dengan cukup dan bersenam. Peluang menurunkan berat badan dengan cara ini adalah cerah dan mampu meningkatkan tahap kesihatan anda.

No comments: