Followers


Monday, December 14, 2009

Secret Sign - lambang Masonic Di sejadah

Same2lah kite renungkn.....

http://holywar-efairy.blogspot.com/

Secret Sign- Lambang Masonic Di Sejadah

Sunday, December 13, 2009



Sejadah. Ye sejadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita bersembahyang. Di sini saya hanya mahu berkongsi gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic yang telah dikongsikan oleh seorang sahabat dan informer saya, Muzamil.




Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)

2. Bintang dan Bulan

3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz





Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.





GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz




Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.



Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.







Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.


Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109




Konspirasi Dunia- Hollywood




Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah artis berada di puncak dan kekal di atas sedangkan bakatnya hanya boleh dikatakan sederhana. Dan kenapa sesetengah artis yang mempunyai bakat yang besar tidak mencapai kejayaan sedemikian? Sesetengah dari mereka dilahirkan untuk menjadi 'puppet' kepada The Elite sahaja dan sesetengah dari mereka diambil untuk menjadi 'puppet' kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.




Di bawah saya telah sediakan gambar-gambar 'puppet' mereka yang telah berkhidmat untuk mereka secara sedar ataupun tidak. Dan kebanyakannya menggunakan simbol All Seeing Eye di dalam kulit album mereka.

Rihanna







Di konsertnya, perhatikan dia berada di dalam piramid.




Ratu Kabbalah Hollywood (Madonna)






Bersama lambang Bulan dan Bintang yang banyak juga digunakan oleh Mason dan Star David yang juga adalah lambang bagi keluarga Rotchild




Sting





Marilyn
Manson





Iron Maiden





Christina Aguilera





En
rique Iglesias





Billy Joel




Gwen Stefani




Metallica
(Perhatikan ular yang berbelit yang menghasilkan 3 nombor 6, 666)


The Beatles
(Perhatikan lelaki dalam bulatan itu ialah Aleister Crowley yang telah mewujudkan OTO (Ordo Templi Orientis) dan juga adalah ahli Golden Dawn.



The Police

(666 akan kelihatan jika dilihat dihadapan cermin)



Lady Gaga




Kanye West dan Tom Cruise






Jangan terkejut jika di Nusantara pon lambang All Seeing Eye ini juga digunakan. Berikut adalah gambar-gambar album yang mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye.

Dewa 19





Kembara







Search







Rasullulah pernah bersabda:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

No comments: