Tonggak 12
• Menghargai Masa
• Ketekunan membawa kejayaan
• Keseronokan bekerja
• Kemuliaan kesederhanaan
• Ketinggian peribadi
• Kekuatan sifat baik hati
• Pengaruh teladan
• Kewajipan menjalankan tugas
• Kebijaksanaan berkhidmat
• Keutamaan bersabar
• Peningkatan bakat
• Nikmat mencipta
TAFSIRAN TONGGAK 12
1. Merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam.
2. Menjadi amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.
3. Mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif.
4. Dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai penting akan membentuk peribadi dan peribadi menbentuk organisasi.
5. Pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam
Nilai dalam Tonggak 12
1. Menghargai Masa
Falsafah “masa itu emas”. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu gunakan lah masa dengan bijak samada rasmi atau persendirian.
Amalan positif
* Menepati Masa
* Menyengerakan Tugas
* Mempunyai Perancangan Waktu
* Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
* Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
* Menetapkan Target Date
* Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan
Amalan negatif
* Berbual-bual Kosong
* Tidak Menyenggarakan Tugas
* Tidak Merancangkan Pekerjaan
* Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
* Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
* Berniaga di Waktu Pejabat
* Ke Kantin Waktu Bertugas
* Tiada Sence Of Urgency
* Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
*T idak Peka Kepada Pembaziran Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.
Amalan positif
* Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar.
* Rajin dan sentiasa berusaha.
* Tekun dalam melaksanakan tugas.
* Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan.
* Berdisiplin dalam pekerjaan.
* Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas.
* Bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.
* Bercita-cita tinggi, tidak patah semangat
* Sanggup berkorban
Amalan negatif
* Mudah tersinggung
* Mudah putus asa
* Tidak bercita-cita tinggi
* Disuruh buat baru buat
* Kurang berdisiplin
* Tidak bersemangat
* Tiada inisiatif
* Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja
Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai “ibadah” maka akan wujud keseronokan untuk bekerja. Ia merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil kita telah berjaya membangunkan negara. Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
Amalan positif
-Menggap kerja sebagai ibadah
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
Amalan negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
4. Kemulian Kesederhanaan
Kesederhanaan hendaklah merangkumi beberapa sudut:
A. Percakapan
B. Mengeluarkan arahan
C. Pergaulan
D. Berpakaian
E. Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni.
Amalan positif
- Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
- Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
- Merendah diri- bersifat pemaaf
- Mesra dalam pergaulan
- Tidak memperagakan kemewahan
- Sedia menerima cadangan dan nasihat
– Boleh menerima teguran.
- Menepati Janji
- Bijaksana dalam membuat pertimbangan.
Amalan negatif
- Menonjol-nonjolkan diri
- Berlakuan mengada-ngada
- Berlebih-lebihan mengampu ketua
- Memperagakan kemewahan dan kedudukan
- Sombong dan meninggi diri
- Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Ketinggian peribadi seseorang itu akan dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
i. Pembentukan Peribadi Secara Dalaman
Bersikap tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.
ii. Pembentukan Peribadi Secara Luaran
Peribadi yang bersopan santun dan gaya yang kemas dan bersih.
Amalan positif
- Tertib dan baik budi bicara
- Berilmu dan berpengetahuan luas
- Berlumba-lumba membuat kebajikan
- Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
- Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
- Bertanggungjawab dalam menyempurnakan amanah
- Bersih dari sifat dengki
- Kemas berpakaian
- Bertimbangrasa dan tegas
- Bersyukur dan menghargai kebaikan
Amalan negatif
- Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
- Sukar untuk membuat kebajikan
- Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
- Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
- Menghina dan merendahkan usaha orang lain
- Hasad dengki
- Berpura-pura dalam tindakan
- Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baikhati. Kita tidak merasa takut apabila bersamanya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baikhati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong.
Amalan positif
- Pemaaf dan berhemah tinggi
- Ikhlas dan bertimbang rasa
- Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
- Pemurah dalam usaha kebajikan
- Ramah,berbudi mulia
- Dan berkerjasama
- Boleh menerima teguran
- Sedia menerima cadangan
- Mudah Mesra
Amalan negatif
- Kasar dan kurang sopan
- Berdendam
- Bermuka-muka
- Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
- Suka hina dan caci orang
- Sombong & penting diri sendiri
- Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar, akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.
Amalan positif:
- Bermoral dan berakhlak tinggi
- Tertib dan beradap sepanjang masa
- Rajin dan kuat kerja
- Amanah dan bertanggungjawab
- Berbudi mulia serta merendahkan diri
- Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat
- Mengutamakan masyarakat lebih dari diri
- Berani mempertahankan kebaikan
Amalan negatif
- Buruk perangai
- Jahil dan tidak suka membaca
- Dengki dan buruk sangka
- Mempersendakan agama
- Kedekut
- Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
- Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 krifteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia, masa dan peralatan. Dengan lain perkataan, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.
Amalan positif
- Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
- Tekun dan sabar menjalankan tugas
- Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
- Mementingkan kualiti
- Bersikap profesional dan cekap
- Cepat,cermat dan berdisiplin
- Inisiatif
Amalan negatif
- Tidak boleh diharapkan
- Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
- Tidak bersungguh-sungguh
- Tidak peka kepada kualiti
- Tidak taat kepada arahan
- Selalu buat silap
- Tidak ikut peraturan
- Suka bertangguh
9.Kebijaksanaan Berhemat(Cermat)
Berhemat bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Sekiaranya bahan atau alat dapat digunakan dalam jangkamasa atau waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.
Amalan positif
- Berhati-hati apabila berbelanja
- Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
- Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
- Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan yang dilakukan
- Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
Amalan negative
-Boros dan suka menbazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikkanya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada kepada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaanya dalam menjalankan tugas.
Amalan positif
-Tenang menghadapi masalah rumit
-Mempunyai perhitungan jauh
-Tahan menerima cabaran
-Tidak putus asa
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Cermat dalam tutur kata
Amalan negatif
-Cepat mengalah
-Berpandangan sempit
-Tidak tahan menghadapi kesusahan
-Tidak sanggup berkorban
-Takutkan cabaran
-Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat
Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Bakat mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Bakat dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian, penulisan memang dapat memberikan manafat kepada kehidupan manusia.
Amalan positif
- Memberi dorongan terhadap kreativiti
- Memberi pengiktirafan kepada usaha- usaha orginal
- Mengalakkan pencambahan fikiran
- Memberi galakan kepada pemikiran baru
- Berani mencuba idea-idea baru
- Mengenal dan memupuk bakat yang ada
- Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
Amalan negatif
-Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
-Tidak menghargai bakat yang ada
-Memperkecilkan usaha orginal
-Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta
Kepuasan yang amat ketara ialah rasa nikmat apabila dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.
Amalan positif
-Berani mencuba
-Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
-Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
-Sentiasa dalam cabaran intelektual
-Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan
Amalan negatif
-Takut menemui kegagalan
-Memandang remeh usaha orang lain
-Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
-Pemikiran tidak dinamik
-Tidak suka pembaharuan
-Tidak sabar dalam penciptaan baru
Followers
Saturday, April 30, 2011
Tuesday, April 19, 2011
CIRI-CIRI ANAK MITHALI

1. Berbicara dgn Ibubapa dengan suara lemah lembut.
2. Tidak melarikan pandangan mata ketika berbicara dengan Ibubapa
3. Tidak berjalan di depan Ayah dan Ibu melainkan tunduk tanda hormat.
4. Tidak mendahului Ayah dan Ibu duduk.
5. Sentiasa Doakan kebaikan IbuBapa
6. Tidak Bercekak pinggang di hadapan Ibu dan Ayah
7. Tidak menghina Ibu dan Ayah (Dengan kata atau perbuatan)
8. Mengurus Ibubapa yang uzur tanpa berkira
9. Menyediakan keperluan Ayah dan Ibu seperti makan dan minum
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil.
2. Tidak melarikan pandangan mata ketika berbicara dengan Ibubapa
3. Tidak berjalan di depan Ayah dan Ibu melainkan tunduk tanda hormat.
4. Tidak mendahului Ayah dan Ibu duduk.
5. Sentiasa Doakan kebaikan IbuBapa
6. Tidak Bercekak pinggang di hadapan Ibu dan Ayah
7. Tidak menghina Ibu dan Ayah (Dengan kata atau perbuatan)
8. Mengurus Ibubapa yang uzur tanpa berkira
9. Menyediakan keperluan Ayah dan Ibu seperti makan dan minum
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil.
50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
- Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
- Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
- Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
- Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
- Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
- Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
- Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
- Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
- Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
- Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
- Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
- Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
- Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
- Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
- Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
- Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
- Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
- Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
- Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
- Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
- Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
- Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
- Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
- Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
- Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
- Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
- Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
- Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
- Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
- Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
- Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
- Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
- Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
- Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
- Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
- Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
- Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
- Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
- Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
- Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
- Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
- Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
- Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
- Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
- Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)