Followers


Monday, September 7, 2009

SIAPA YAHUDI??

salam kawan2 ni aku dapat info daripada blog seseorg...mari kite baca bersama2....

Palestin, Palestin, ya Palestin,,,

Semua orang tahu penderitaan diorang. Semua orang tau Israel jahanam tu penjenayah perang. Kita semua nak kan diorang dihukum. Geram memang geram tapi aku dah tak kuase dah nak cakap pasal perang.Aku nak cakap persoalan di Palestin dari aspek yang berbeza….

Aku sebenarnye bukan lah terer sangat bab nak bagi pendapat nie tapi aku tertarik ngan satu artikel yang aku baca kat Utusan Malaysia 14 Januari lepas. Aku tertarik ngan artikel ni sebab betul-betul mencuit hati aku. Betul-betul wat aku fikir ke mana arah tujuan hidup aku lepas nie. Apa sumbangan aku untuk memaju dan mengharumkan nama Islam yang semakin dikotorkan oleh kafir-kafir lahanat tu semua (tapi kadang-kadang sebab orang Islam tu sendiri jugak).

Siapa sebenarnya Yahudi dan kenapa mereka begitu berkuasa? kita kena tahu dan kaji diorang nie secara akademik, ilmiah untuk mengenal mereka.

Penulis tu Zaini Hassan memetik tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http//www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) yang mengulas persoalan ini.

Berikut rumusan tulisan beliau :

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun jika di campur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali lebih berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini?

Nabi Isa ( Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka, dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad Ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Max, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua; Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johan Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan sifilis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard katz menang hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuscular.

Andrew Schally penerima nobel dalam kajian endokrinokologi (berkaitan system endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang
15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 billion umat Islam.

mikrocip pertama, reaktor rangkaian nuklear pertama,kabel gentian optik, lampu isyarat, besi tahan karat sistem suara di pawagam, mikrofon untuk telefon dan alat pita perakam semuanya di cipta oleh Yahudi.

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Micheal Dell (Dell Computers), Larry Elliison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins ( Baskin & Robins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Presiden universiti tersohor Yale University, Richard Levin adalah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Yevgeny Primkov ( bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas Jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presidan Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada)

Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kriesky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald ( Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Mark Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyagak mata wang, George Soros adalah seorang Yahudi. Dia menderma AS$4 billion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$ 2 billion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemenang tiga kali pingat emas Olimpik.mereka adalah Yahudi.

Tahukah anda pelakon pujaan Harrison Ford, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi Hollywood itu sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara penerbit dan pengarah seperti Steven Spielberg, Mel Brooks, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Andrew Vaina (Rambo 1-2-3), dan Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya Yahudi.

Washington yang merupakan ibu Negara AS, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa sahaja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik? Dia ialah Yahudi.

Jadi mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: pendidikan, pelajaran dan ilmu.


Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan Enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, Setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus-ratus umat Islam. Tapi mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap 3 juta orang Islam.


AS sahaja mempunyai 5,758 universiti dan india ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’- dan sungguh menakjubkan- tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500!

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90% dan 15 negara itu mempunyai 100% celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf adalah sekitar 40% dan tiada negara yang 100% semuanya celik huruf.

Sekitar 98% penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50% di negara majoriti Islam. Sekitar 40% penduduk di negara maju memasuki university sementara hanya 2% di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta)

Negara Islam membelanjakan 0.2 % daripada KDNk untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya di negara maju membelanjakan 5 % daripada KDNK nya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca setiap 1,000 orang dan jumlah buku yang dibaca oleh setiap juta orang adalah dua angka tunjuk sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK jumlah buku per juta orang 2,000 sementara di Mesir 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS $ 2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS $ 12 trilion, China AS $ 8 trilion, Jepun AS $ 3.8 trilion dan Jerman AS $ 2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$ 500 billion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$ 1 trilion, Poland AS$ 489 bilion dan Thailand AS$ 545 bilion.

Jadi mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?


Jawapannya ialah: kurangnya ilmu, kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran……..;


Melalui artikel ini benar lah hepotisis bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti……!


Siapa yang patut disalahkan?? Renungkanlah bersama……,

KENAPA AKU NAK KAYA

salam kawan2...arini aku nak cakap sikit pasal kenapa aku nak kaya...xde niat ape2 aku cuma nak berkongsi apa yang aku fikirkan...
aku memang bercita2 nak jadi kaya raya...sape yang xnak kayakan?aku rase semua org nak kaya..(pada pendapat akulah)tiada salah kalu nak jadi kaya....dah lama dah aku teringin nak jadi kaya...kalu aku kaya aku dah buat macam2..terutamanya aku nak tolong orang miskin...aku selalu tak setuju kita bagi duet kat orang miskin,...boleh bagi tapi adakah bermanfaat pada org miskin tu?bagi aku...yang paling penting bagi pendidikan...bagi kerja..dengan itu dorang akan dapat mengubah taraf kehidupan dorg..kalu bagi duet pon akan habis macam tu je...apa kata kite bersedekah dengan memberi kerja dan pendidikan pada org miskin....
aku pun bukan kaya...miskin pun tak jugak...tapi cukup2 makan..aku harap akan ramai org2 kaya kat negara kite ni bagi pekerjaan pada org miskin dan bagi pendidikan pada anak2 org miskin...kalu ade org kaya sanggup pergi pedalaman tu buat sekolah, bagi kemudahan alangkah bagusnye....tapi aku tengok negara kite ni yang kaya makin kaya...yang miskin makin miskin...itulah tguulah aku kaya nanti..mcm2 aku nak buat...


yang benar kaya to be....

Nak kawin....

MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN

Banyak cabaran sebelum berkahwin, terutamanya dari segi kewangan. Lebih-lebih lagi sekiranya pihak perempuan menetapkan hantaran belanja yang agak tinggi. Tetapi demi menjaga hati bakal mak mentua dan juga isteri, ada di antara kita yang sanggup meminjam wang melalui pinjaman peribadi. Tetapi sebenarnya banyak lagi cara untuk memperolehi wang bagi menampung bebanan perkahwinan. Salah satunya adalah dengan berniaga. Bagaimanakah anda boleh mencari idea untuk berniaga?

BERNIAGA

Banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menjanakan pendapatan. Jika anda masih gusar dan tertanya-tanya bagaimanakah anda boleh mendapatkan idea perniagaan, anda mungkin perlu membaca buku hebat ini. Buku idea bisnes luarbiasa ini telah menolong ramai usahawan dalam menghasilkan idea-idea unik untuk berjaya dalam perniagaan. Pastikan anda klik di sini untuk mengetahui rahsia tersembunyi tersebut.

Walau apa pun yang anda lakukan, pastikan anda tidak terjebak dengan mana-mana skim cepat kaya atau Ah Long. Di dalam dunia ini, dengan perniagaan sahajalah anda boleh mendapat pulangan yang berlipat ganda melebihi 30% bukan pelaburan di dalam skim yang tidak masuk akal tersebut yang menjanjikan pulangan lebih daripada 50%. Pakar pelaburan yang terhebat di dunia pun hanya mampu mendapat lebih kurang dalam 20% pulangan sahaja. Inikan pula si Pak Man Telo!

Di sini suka juga saya ingin membawa anda kepada ptensi perniagaan online sebagai penjana pendapatan pasif. Antara panduan perniagaan internet yang boleh anda dijadikan rujukan adalah:

  • Video Usahawan - Ketahui langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan online internet dengan pakar tempatan yang juga merupakan rakan Syokkahwin.com

  • Perniagaan ebay oleh Sifu Lan - Membincangkan teknik untuk menjana ribuan ringgit sebulan dari pasaran ebay.

  • Jutawan Blog - Menjana pendapatan melalui blogging. Bukan sahaja Che Det sahaja yang tahu blog. Anda juga boleh memulakannya dan menjana wang tanpa henti dengan blog anda.

  • NiagaKit - Panduan lengkap membuka kedai secara online.