http://withlovelolita.blogspot.com
Followers
Friday, May 6, 2011
IBU DAN BAPA
Wednesday, May 4, 2011
GET A LIFE MAN...
Kadang-kadang kita akan berasa stress dengan keadaan sekeliling. Kita merasa tiada siapa lagi yang mahu menyokong diri kita. Kita rasa bila kita ada duit baru ada yang peduli, bila kita tiada duit tiada siapa yang peduli.
Adakah ini hanya satu perasaan kita ataupun memang keadaan seperti itu. Apakah susah menjadi seorang manusia? Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Apabila sudah tiada tempat untuk mengadu, kita akan merasakan kekosongan. Merasa keseorangan dalam mengharungi pahit getir kehidupan.
Ada manusia yang sentiasa mahukan pertolongan dan perhatian orang lain tanpa memikirkan keadaan orang lain tersebut. Itulah yang dinamakan mementingkan diri sendiri. Golongan ini sentiasa mahukan perhatian dari sesiapa sahaja yang dirasakannya perlu. Sama ada orang tersebut baru dikenalinya ataupun tidak. Termasuk saudara mara orang dikenalinya itu juga menjadi mangsa keadaan. Apakah kau tiada keluarga? Tiada fikiran? Sehingga tidak memikirkan keadaan orang lain. Sibukkah, ada kerjakah, tidurkah dan lain-lain.
Janganlah kerana masalah diri kita sendiri, orang lain menjadi mangsa untuk mendengar luahan hati kita itu setiap masa tanpa mengira waktu dan tempat. Pelik betul orang yang seperti itu. Kalau seseorang itu mengalami kemurungan, orang tersebut akan berkurung di dalam bilik. Tidak mahu berhubung dengan orang lain. Tidak mahu bercakap dengan orang lain.
Tetapi orang ini tidak demikian. Malah dia akan mencari mangsa untuk mendengar bebelan, kesalan masa silamnya dan terpaksa melayannya bercakap sehingga berjam-jam. Orang seperti ini juga amat mudah untuk ditipu dari segi cinta, wang, kepercayaan dan sebagainya. Pelik tetapi benar, golongan ini selalunya orang yang berpelajaran dan yang paling penting sekali orang tersebut adalah seorang WANITA. Mengapakah keaadan seperti ini berlaku? Apakah wanita pada zaman sekarang ini sangat kurang kasih sayang dan perhatian sehinggakan mudah tertipu atas nama cinta, kasih sayang dan perhatian? Hanya Allah dan diri orang tersebut sahaja yang mengetahui.
Sesungguhnya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Pandanglah diri anda, kenali dan sayangilah diri anda melebihi orang lain. Kerana kalau bukan diri kita sendiri yang menyayangi dan mengenali diri kita sendiri, siapa lagi? Kitalah yang sepatutnya lebih mengebnali diri kita lebih dari orang lain. Kitalah juga yang sepatutnya menyayangi diri kita lebih dari orang lain. Jangalah hanya tahu take, take tetapi tidak tahu give, give.
Harus kita ingat, semua orang ada masalah, bukan kita seorang sahaja yang ada masalah. Semestinya ada yang lagi menderita daripada kita. Kuta cukup makan, pakai, perlindungan dan pelajaran. Pernahkah kita terfikir orang lain di Palestin? Di Somalia? Di Jepun? Dan di Negara-negara lain yang mengalami banyak bencana alam dan bencana kerana manusia? Sedarlah, masalah CINTA hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan masalah-masalah dan musibah-musibah yang dihadapi oleh orang-orang lain di Negara-negara bergolak. Kalau jauh sangat bandingkan sahaja dengan anak-anak terbiar di Negara kita ini. Anak-anak miskin atau yatim piatu yang tiada pelajaran, makanan bak kata pepatah kais pagi makan pagi, ibu bapa tidak ada di sisi. CINTA manusia hanyalah permasalahan yang kecil, hanyalan mainan perasaan yang diketuai olah syaitan. Janganlah tunduk dengan kata-kata syaitan tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan adalah redha dengan segala yang terjadi, menyesal boleh tetapi sudah terlambat. Menyesallah sebagai pengajaran pada diri sendiri. Fikirkan tindakan-tindakan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Terlalu sayang pada kekasih sampai menurut sahaja apa yang dikatakannya. Salah siapa kalu kita mudah ditipu? Salah orang yang menipu? Salah kita sendiri? Salah keluarga? Jawapannya adalah salah orang yang menipu dan diri kita sendiri. Kenapa mudah sangat ditipu orang? Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Lihatlah diri anda, selamilah perasaan anda. Redhalah dengan apa yang sudah terjadi. Janganlah terlalu lemah kerana lelaki. Terdapat banyak perkara yang lebih berfaedah berbanding memikirkan benda yang tidak akan kembali dan jahat seperti itu. Janganlah membuang masa anda memikirkan orang yang tidak layak untuk diri kita.
Saturday, April 30, 2011
TONGGAK 12
• Menghargai Masa
• Ketekunan membawa kejayaan
• Keseronokan bekerja
• Kemuliaan kesederhanaan
• Ketinggian peribadi
• Kekuatan sifat baik hati
• Pengaruh teladan
• Kewajipan menjalankan tugas
• Kebijaksanaan berkhidmat
• Keutamaan bersabar
• Peningkatan bakat
• Nikmat mencipta
TAFSIRAN TONGGAK 12
1. Merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam.
2. Menjadi amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.
3. Mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif.
4. Dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai penting akan membentuk peribadi dan peribadi menbentuk organisasi.
5. Pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam
Nilai dalam Tonggak 12
1. Menghargai Masa
Falsafah “masa itu emas”. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu gunakan lah masa dengan bijak samada rasmi atau persendirian.
Amalan positif
* Menepati Masa
* Menyengerakan Tugas
* Mempunyai Perancangan Waktu
* Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
* Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
* Menetapkan Target Date
* Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan
Amalan negatif
* Berbual-bual Kosong
* Tidak Menyenggarakan Tugas
* Tidak Merancangkan Pekerjaan
* Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
* Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
* Berniaga di Waktu Pejabat
* Ke Kantin Waktu Bertugas
* Tiada Sence Of Urgency
* Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
*T idak Peka Kepada Pembaziran Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.
Amalan positif
* Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar.
* Rajin dan sentiasa berusaha.
* Tekun dalam melaksanakan tugas.
* Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan.
* Berdisiplin dalam pekerjaan.
* Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas.
* Bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.
* Bercita-cita tinggi, tidak patah semangat
* Sanggup berkorban
Amalan negatif
* Mudah tersinggung
* Mudah putus asa
* Tidak bercita-cita tinggi
* Disuruh buat baru buat
* Kurang berdisiplin
* Tidak bersemangat
* Tiada inisiatif
* Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja
Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai “ibadah” maka akan wujud keseronokan untuk bekerja. Ia merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil kita telah berjaya membangunkan negara. Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
Amalan positif
-Menggap kerja sebagai ibadah
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
Amalan negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
4. Kemulian Kesederhanaan
Kesederhanaan hendaklah merangkumi beberapa sudut:
A. Percakapan
B. Mengeluarkan arahan
C. Pergaulan
D. Berpakaian
E. Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni.
Amalan positif
- Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
- Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
- Merendah diri- bersifat pemaaf
- Mesra dalam pergaulan
- Tidak memperagakan kemewahan
- Sedia menerima cadangan dan nasihat
– Boleh menerima teguran.
- Menepati Janji
- Bijaksana dalam membuat pertimbangan.
Amalan negatif
- Menonjol-nonjolkan diri
- Berlakuan mengada-ngada
- Berlebih-lebihan mengampu ketua
- Memperagakan kemewahan dan kedudukan
- Sombong dan meninggi diri
- Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Ketinggian peribadi seseorang itu akan dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
i. Pembentukan Peribadi Secara Dalaman
Bersikap tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.
ii. Pembentukan Peribadi Secara Luaran
Peribadi yang bersopan santun dan gaya yang kemas dan bersih.
Amalan positif
- Tertib dan baik budi bicara
- Berilmu dan berpengetahuan luas
- Berlumba-lumba membuat kebajikan
- Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
- Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
- Bertanggungjawab dalam menyempurnakan amanah
- Bersih dari sifat dengki
- Kemas berpakaian
- Bertimbangrasa dan tegas
- Bersyukur dan menghargai kebaikan
Amalan negatif
- Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
- Sukar untuk membuat kebajikan
- Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
- Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
- Menghina dan merendahkan usaha orang lain
- Hasad dengki
- Berpura-pura dalam tindakan
- Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baikhati. Kita tidak merasa takut apabila bersamanya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baikhati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong.
Amalan positif
- Pemaaf dan berhemah tinggi
- Ikhlas dan bertimbang rasa
- Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
- Pemurah dalam usaha kebajikan
- Ramah,berbudi mulia
- Dan berkerjasama
- Boleh menerima teguran
- Sedia menerima cadangan
- Mudah Mesra
Amalan negatif
- Kasar dan kurang sopan
- Berdendam
- Bermuka-muka
- Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
- Suka hina dan caci orang
- Sombong & penting diri sendiri
- Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar, akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.
Amalan positif:
- Bermoral dan berakhlak tinggi
- Tertib dan beradap sepanjang masa
- Rajin dan kuat kerja
- Amanah dan bertanggungjawab
- Berbudi mulia serta merendahkan diri
- Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat
- Mengutamakan masyarakat lebih dari diri
- Berani mempertahankan kebaikan
Amalan negatif
- Buruk perangai
- Jahil dan tidak suka membaca
- Dengki dan buruk sangka
- Mempersendakan agama
- Kedekut
- Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
- Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 krifteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia, masa dan peralatan. Dengan lain perkataan, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.
Amalan positif
- Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
- Tekun dan sabar menjalankan tugas
- Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
- Mementingkan kualiti
- Bersikap profesional dan cekap
- Cepat,cermat dan berdisiplin
- Inisiatif
Amalan negatif
- Tidak boleh diharapkan
- Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
- Tidak bersungguh-sungguh
- Tidak peka kepada kualiti
- Tidak taat kepada arahan
- Selalu buat silap
- Tidak ikut peraturan
- Suka bertangguh
9.Kebijaksanaan Berhemat(Cermat)
Berhemat bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Sekiaranya bahan atau alat dapat digunakan dalam jangkamasa atau waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.
Amalan positif
- Berhati-hati apabila berbelanja
- Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
- Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
- Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan yang dilakukan
- Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
Amalan negative
-Boros dan suka menbazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikkanya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada kepada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaanya dalam menjalankan tugas.
Amalan positif
-Tenang menghadapi masalah rumit
-Mempunyai perhitungan jauh
-Tahan menerima cabaran
-Tidak putus asa
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Cermat dalam tutur kata
Amalan negatif
-Cepat mengalah
-Berpandangan sempit
-Tidak tahan menghadapi kesusahan
-Tidak sanggup berkorban
-Takutkan cabaran
-Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat
Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Bakat mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Bakat dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian, penulisan memang dapat memberikan manafat kepada kehidupan manusia.
Amalan positif
- Memberi dorongan terhadap kreativiti
- Memberi pengiktirafan kepada usaha- usaha orginal
- Mengalakkan pencambahan fikiran
- Memberi galakan kepada pemikiran baru
- Berani mencuba idea-idea baru
- Mengenal dan memupuk bakat yang ada
- Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
Amalan negatif
-Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
-Tidak menghargai bakat yang ada
-Memperkecilkan usaha orginal
-Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta
Kepuasan yang amat ketara ialah rasa nikmat apabila dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.
Amalan positif
-Berani mencuba
-Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
-Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
-Sentiasa dalam cabaran intelektual
-Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan
Amalan negatif
-Takut menemui kegagalan
-Memandang remeh usaha orang lain
-Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
-Pemikiran tidak dinamik
-Tidak suka pembaharuan
-Tidak sabar dalam penciptaan baru